Monday, November 1, 2010

PROGRAM KORBAN BERSAMA TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN (TAYT & HJH MAHAWA PILUS)

Assalamualaikum,
Bemula dari bulan November 2010, MZ SHOPEE akan bekerjasama dengan Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin (TAYT) untuk menyalurkan maklumat berkenaan dengan sedekah dan juga bagaimana untuk membantu orang-orang Islam yang memerlukan. Ini adalah makluman yang pertama di MZ SHOPPE. Banyak lagi makluman seperti ini akan disiarkan di MZ SHOPPE.


Daripada http://tabungtampin.blogspot.com/
Pada tahun ini TAYT dan Hajjah Mahawa akan meneruskan usaha melaksanakan program korban di tempat-tempat fakir miskin sama ada di luar negara dan di Malaysia. Tujuannya program ini ialah :

1. membantu umat Islam melaksanakan ibadah qorban dengan lebih selesa dan terurus.
2. memastikan agar fakir miskin/yatim mendapat haknya.
3. mencari dana untuk tabung TAYT.


tempat-tempat yang telah dikenalpasti :

MALAYSIA (harga sekitar RM380-RM400 satu bahagian lembu - termasuk segala kos pengurusan)
1. Tampin & Alor Gajah - 20 keluarga fakir miskin/yatim.
2. Jelebu - 60 keluarga fakir miskin
3. Sik, Kedah - 40 keluarga fakir miskin/yatim
4. Kota Bharu - 34 keluarga fakir miskin/yatim
5. Sempadan Thailand - 40 keluarga fakir miskin.


LUAR NEGARA (harga sekitar RM300 satu bahagian lembu, RM350 seekor kambing)

1. Cambodia - lebih 100 keluarga fakir miskin (di kawasan kampung pedalaman)
2. Indonesia - 70 anak yatim di Bogor.
3. Sudan.


CARA PENGURUSAN

Semua daging korban akan diuruskan oleh sukarelawan TAYT. Sekiranya terdapat keuntungan/lebihan wang akan disalurkan sebahagiannya akan disalurkan kepada:-

1. Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin,(makanan, pendidikan dan kebajikan anak yatim/fakir miskin)
2. Pembinaan telaga wakaf di Cambodia, Indonesia dan sempadan Pakistan.
3. Membantu pelbagai kerja kebajikan seperti pembinaan masjid, surau, sekolah agama/tahfiz.
4. Membantu membiayai kos pendidikan pelajar berpotensi yang tidak mampu ke peringkat IPTA/IPTS


BERMINAT?

Sila hubungi Hjh Mahawa melalui emel , nyatakan kawasan mana yang tuan/puan pilih. Mohon bantuan agar program ini dapat disertai oleh sahabat dan ahli keluarga yang juga berhajat untuk menyertai program Ibadah Qorban bersama TAYT & Hjh Mahawa (maya2abd@yahoo.com.my atau 016-3283909)



No comments:

Post a Comment