Bemula dari bulan November 2010, MZ SHOPEE akan bekerjasama dengan Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin (TAYT) untuk menyalurkan maklumat berkenaan dengan sedekah dan juga bagaimana untuk membantu orang-orang Islam yang memerlukan. Ini adalah makluman yang pertama di MZ SHOPPE. Banyak lagi makluman seperti ini akan disiarkan di MZ SHOPPE.
Daripada http://tabungtampin.blogspot.com/
Pada tahun ini TAYT dan Hajjah Mahawa akan meneruskan usaha melaksanakan program korban di tempat-tempat fakir miskin sama ada di luar negara dan di Malaysia. Tujuannya program ini ialah :
1. membantu umat Islam melaksanakan ibadah qorban dengan lebih selesa dan terurus.
2. memastikan agar fakir miskin/yatim mendapat haknya.
3. mencari dana untuk tabung TAYT.
tempat-tempat yang telah dikenalpasti :
MALAYSIA (harga sekitar RM380-RM400 satu bahagian lembu - termasuk segala kos pengurusan)
1. Tampin & Alor Gajah - 20 keluarga fakir miskin/yatim.
2. Jelebu - 60 keluarga fakir miskin
3. Sik, Kedah - 40 keluarga fakir miskin/yatim
4. Kota Bharu - 34 keluarga fakir miskin/yatim
5. Sempadan Thailand - 40 keluarga fakir miskin.
LUAR NEGARA (harga sekitar RM300 satu bahagian lembu, RM350 seekor kambing)
1. Cambodia - lebih 100 keluarga fakir miskin (di kawasan kampung pedalaman)
2. Indonesia - 70 anak yatim di Bogor.
3. Sudan.
CARA PENGURUSAN
Semua daging korban akan diuruskan oleh sukarelawan TAYT. Sekiranya terdapat keuntungan/lebihan wang akan disalurkan sebahagiannya akan disalurkan kepada:-
1. Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin,(makanan, pendidikan dan kebajikan anak yatim/fakir miskin)
2. Pembinaan telaga wakaf di Cambodia, Indonesia dan sempadan Pakistan.
3. Membantu pelbagai kerja kebajikan seperti pembinaan masjid, surau, sekolah agama/tahfiz.
4. Membantu membiayai kos pendidikan pelajar berpotensi yang tidak mampu ke peringkat IPTA/IPTS
BERMINAT?
Sila hubungi Hjh Mahawa melalui emel
No comments:
Post a Comment